
Ya Allah
Dilema ini sangat perit
Duluku kurang ketawa hingga solatku begitu utuh
Cintaku hanya mencari-Mu
dan Makrifat yang datang bertubi-tubi
Tetapi kini sudah tinggal sumbu berbara yang malap
Ya Allah
Kecil tanganku dahulu berdoa dan mengharap
Yakin bahawa Engkau benar-benar wujud
dan harapan-harapan itu dimakbulkan
dan aku tersenyum dalam menangis
Pemulaan syahdu sulukku
Ya Allah
Dulu aku dalam jubah dan serban putih
Bersungguh-sungguh mengisi rongga jiwaku
dengan kalam-kalammu
Aku mendalami dan aku asyik
Linangan tak putus-putus
Namun kini tangisanku tangisan kerana makhluk
Ya Allah
Selalu dulu aku bersyukur dan sebak
kerana banyak petunjuk di sepanjang jalanku
Menuntun aku menuju daerah taabbud kepada-Mu
sukaku, dukaku, bahagiaku dan tangisku
Semuaku adu pada-Mu
Namun kini ku miskin doa
Syirik kecil kiranya membesar sihat
Ya Allah
Yang akhir ini sunguh jijik
Dulu aku terhinjut-hinjut meletak Cinta-MU itu
Pada kemuncak kubah rindu dan menara kasihku
Dan sentiasala ia berkumandang mendendang syair perindu
kepada yang dirindu
Sebagaimana hati yang direntap rasa hendak mati
supaya cepat bertemu dengan-Mu
Malu-maluku dalam ibadahku
Menyaji maghfirah dan sakinah yang tak pernah luput
dan
Akhirnya aku capai semua itu dengan nafsuku
ku campak ke parit kederhakaan aku
Ku ketawakan sambilku ambil bangkai
dan najis dunia
ku letak pada tempat itu
Bangkai dan najis yang ku bilang cinta
Itulah yang kurisau untuk mendapatkannya
Ku sentiasa tunggu ianya subur
Bodohnya mana mungkin ia subur
Wahai diri engkau tak lebih dari seorang abid yang kufur...

1 attempted "mencapub"s:
im speechless..
Catat Ulasan