- Betapa aku ingin mendalami perasaan Rasulullah SAW, para sahabat al-saliheen, dan ahlu bait al-muttahhiriin dalam beragama. Aku ingin jiwa aku, fikiranku, tindakanku seperti mereka.
- Secara realiti, aku ingin menjadi seorang salafy yang bersih aqidah dan syariatnya, sufi yang cantik akhlaknya terhadap segalanya, pencinta ahlu bait al-muttahhiriin yang setia, haraki yang berprinsip 'faham', dan alim yang tidak bercakap ikut hawa nafsu.
- Aku ingin kembali ketika jiwa dalam keadaan prabaligh kerana waktu itu aku menyintai Allah dalam keadaan tanpa rasa taklif.
- Aku ingin semua sahabat-sahabatku tahu bahawa aku bukan seorang kuat berprasangka. Jadi jangan mudah mengesyaki aku. Aku seorang yang mudah dinasihati tetapi mungkin akan berjidal jika ia melanggar prinsip yang aku 'faham'
- Aku terlebih rindu untuk mengecap 'dunia acuan Allah'.
- Aku lemah pengurusan, maka paksalah aku.
Resah jiwaku kerana faham
Sering silap bertindak dek nafsu
Tidak pernah ada prinsip
Hanya teori yang beribu-ribu
tanpa nizam
Kadang-kadang ku berada di Saudi
Adakala di Iran
Selalunya di Tanah Melayu
Juga di daerah sekitar Hadharamaut
dan yang akhir ini istimewa
Wahai Mursyid!
Di mana engkau!
Aku tak mampu berlari
ke syurga tanpa
suluhanmu...

0 attempted "mencapub"s:
Catat Ulasan