Jumaat, Disember 25, 2009

Is it Impossible?

All of these years passing without any good respond,
I kept struggling for what i believed it is my destiny,
Whether it has a good consequences or a taboo for my life,
I paid a sum of mind money searching and keep searching..

Until now..
It broke..
Is it too impossible???

Khamis, Disember 03, 2009

Ya Hayyun Ya Qayyum! kurniakan hamba seorang mursyid

  1. Betapa aku ingin mendalami perasaan Rasulullah SAW, para sahabat al-saliheen, dan ahlu bait al-muttahhiriin dalam beragama. Aku ingin jiwa aku, fikiranku, tindakanku seperti mereka.
  2. Secara realiti, aku ingin menjadi seorang salafy yang bersih aqidah dan syariatnya, sufi yang cantik akhlaknya terhadap segalanya, pencinta ahlu bait al-muttahhiriin yang setia, haraki yang berprinsip 'faham', dan alim yang tidak bercakap ikut hawa nafsu.
  3. Aku ingin kembali ketika jiwa dalam keadaan prabaligh kerana waktu itu aku menyintai Allah dalam keadaan tanpa rasa taklif.
  4. Aku ingin semua sahabat-sahabatku tahu bahawa aku bukan seorang kuat berprasangka. Jadi jangan mudah mengesyaki aku. Aku seorang yang mudah dinasihati tetapi mungkin akan berjidal jika ia melanggar prinsip yang aku 'faham'
  5. Aku terlebih rindu untuk mengecap 'dunia acuan Allah'.
  6. Aku lemah pengurusan, maka paksalah aku.

Resah jiwaku kerana faham
Sering silap bertindak dek nafsu
Tidak pernah ada prinsip
Hanya teori yang beribu-ribu
tanpa nizam

Kadang-kadang ku berada di Saudi
Adakala di Iran
Selalunya di Tanah Melayu
Juga di daerah sekitar Hadharamaut
dan yang akhir ini istimewa

Wahai Mursyid!
Di mana engkau!
Aku tak mampu berlari
ke syurga tanpa
suluhanmu...

Something I want to share anyone who has interest similar with what I interest very hardly, THE TAQARIB..


download a file named jawaban shiah terhadap ahlu sunnah...in black storey box down right of my blog..

warning: this is a mere academical! no offence please! or i will be condemned very deadly by FPQS..hih just joking...sorry2..

Selasa, Disember 01, 2009

Then, i quoted it into my blog...

CERPEN MUHASABAH III


Selepas Subuh hari itu, saya memerhatikan beberapa ayat al-Quran. Tadabbur dan tafakkur. Khali seketika. Saya amat tersentak apabila memerhatikan makna yang terkandung dalam surah Iqra’.

“Apa yang Abg Dzul dapat daripada surah itu?” adik usrah saya bertanya.

“Surah ini banyak juga membentak Abu Jahal. Apa yang paling menakutkan ialah apabila Allah membuat satu cabaran terbuka kepada bapa saudara nabi yang kufur itu. “Maka panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu)”. Itu cabaran yang dilemparkan oleh Allah,” jelas saya ringkas.

Namun bukan itu yang menakutkan. Saya diam mengumpul tenaga. terasa sebak melanda hati saya, sekaligus membuatkan jiwa saya terperosok ke lembah kedukaan. Saya dapat merasakan seolah-olah saya benci seketika untuk melakukan maksiat.

Rantai keimanan mengikat saya. “Panggillah orang-orang kamu (untuk membantu kamu). Kami (Allah) pula akan memanggil Zabaniah.”



Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.

Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

-dzulkhairi.blogspot.-