Jumaat, Januari 01, 2010

Huh Capek jadi manusia!

Bismilahirrahmanirrahim...

Perasaan ikhlas dan berniat baik tidak cukup untuk kita bertindak dalam dunia ini. Kerana apa" kerana orang lain akan menilai apa yang zahir dari kita. Bahkan dalam Islam ada kaedah iaitu,

نحن نحكم على الظواهر والله يتولى السرائر

Justeru, jika berbagai orang berkata,

"Walaupun aku berpakaian begini (x cukup kain cthnya @ tidak tutup aurat dengan sempurna), Iman aku tetap ada"

ataupun,

"Walaupun aku berperangai camni..."

lagi real,

"I ni mystery @ complicated @ unique boy or girl"

Hakikatnya, kesemua ini nonsence dalam pandangan zahir manusia!

Cantiknya Islam mensyariatkan manusia untuk sedaya upaya membina حسن الظن (prasangka baik) dalam diri supaya terbina keharmonian dalam hati seorang manusia.

Bahkan, dalam hubungan kita dengan Allah sekalipun, berprasangka baik itu juga merupakan adab kita dalam berhubungan.


سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ وَفَاتِهِ بِثَلَاثٍ يَقُولُ لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ بِاللَّهِ الظَّنَّ

Maksudnya;
Aku dengar Rasulullah SAW tiga hari sebelum kewafatan berkata : jangan seseorang kamu itu mati melainkan dia menyangka baik terhadap Allah

( Sahih Muslim : 5124)

Imam Nawawi mengomentar,

أَنْ يَظُنّ أَنَّهُ يَرْحَمهُ وَيَعْفُو عَنْهُ

Maksudnya;
“Iaitu dia menyangka bahawa dia dirahmati dan mendapat keampunan daripada Allah

(Syarh An-nawawi : 9/256)

Imam Al-Qurtubi menyebut,

“sangka baik dengan Allah itu berlaku dikala manusia itu berada dalam keadaan sihat, juga sangka baik itu adalah dengan dia menganggap bahawa Allah akan memberi rahmat dan kasih sayang kepadanya, disamping memberikan pengampunan dosa

( At-Tazkirah : m.s 32)

Hal ini tidak bertentangan dengan tindakan Allah dalam hadis riwayat Abu Hurairah, daripada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, baginda bersabda, maksudnya:

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasad dan rupa kamu, tetapi Dia melihat kepada hati kamu.”

(Riwayat Muslim)


Hadis ini memberi kefahaman apabila sudah selesai kewajiban zahiriah kita bukan tidak pedulikan taklif zahir yang mengingkarinya merupakan maksiat yang nyata


3 attempted "mencapub"s:

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam umar,

nak tanye, adakah sangkaan manusia itu semuanya benar?, adakah sangkaan orang yang tidak menutup aurat itu dan dalam dia menyangka baik kepada allah bahawa sesungguhnya allah hanya akan memandang hatinya adalah benar?

hamba allah yang tolol,
bob

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor berkata...

oooh sahabat, bahasa ku tak dapat kau fahami agaknya..

Ssgghnya luaran itu cermin dalaman. Orang dalam contoh yg nta beri itu ialah hampr kepada aqidah golongan murjiaah yang mengatakan luaran itu x mggambrkan dalaman...

orang yg terbuka aurat confirm dalamnya ada masalah. Ini termasuklah rela, paksaan atau alasan..

Ahmad Ridhwan berkata...

Salam,

maka terjawab sudah persoalan ku.... soalan kedua, adakah ini bermaksud aku murjiah???

tolong!!!!!!