Rabu, Januari 05, 2011

Aku tak perlu nikah, aku hanya perlu muhasabah

حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ وَكِيعٍ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَخْبَرَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنْ ضَمْرَةَ بْنِ حَبِيبٍ عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ قَالَ هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ قَالَ وَمَعْنَى قَوْلِهِ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ يَقُولُ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الدُّنْيَا قَبْلَ أَنْ يُحَاسَبَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيُرْوَى عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيَّنُوا لِلْعَرْضِ الْأَكْبَرِ وَإِنَّمَا يَخِفُّ الْحِسَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ فِي الدُّنْيَا وَيُرْوَى عَنْ مَيْمُونِ بْنِ مِهْرَانَ قَالَ لَا يَكُونُ الْعَبْدُ تَقِيًّا حَتَّى يُحَاسِبَ نَفْسَهُ كَمَا يُحَاسِبُ شَرِيكَهُ مِنْ أَيْنَ مَطْعَمُهُ وَمَلْبَسُهُ

Telah menceritakan kepada kami Sufyan bin Waqi' telah menceritakan kepada kami 'Isa bin Yunus dari Abu Bakar bin Abu Maryam, dan telah mengkhabarkan kepada kami Abdullah bin Abdurrahman telah mengkhabarkan kepada kami 'Amru bin 'Aun telah mengkhabarkan kepada kami Ibnu Al Mubarak dari Abu Bakar bin Abu Maryam dari Dlamrah bin Habib dari Syaddad bin Aus dari Nabi Shallallahu 'alaihi wa Salam beliau bersabda: "Orang yang cerdas adalah orang yang mempersiapkan dirinya dan beramal untuk hari setelah kematian, sedangkan orang yang bodoh adalah orang jiwanya mengikuti hawa nafsunya dan berangan angan kepada Allah." Dia berkata: Hadits ini hasan, dia berkata: Maksud sabda Nabi "Orang yang mempersiapkan diri" dia berkata: Yaitu orang yang selalu mengoreksi dirinya pada waktu di dunia sebelum di hisab pada hari Kiamat. Dan telah diriwayatkan dari Umar bin Al Khottob dia berkata: hisablah (hitunglah) diri kalian sebelum kalian dihitung dan persiapkanlah untuk hari semua dihadapkan (kepada Rabb Yang Maha Agung), hisab (perhitungan) akan ringan pada hari kiamat bagi orang yang selalu menghisab dirinya ketika di dunia." Dan telah diriwayatkan dari Maimun bin Mihran dia berkata: Seorang hamba tidak akan bertakwa hingga dia menghisab dirinya sebagaimana dia menghisab temannya dari mana dia mendapatkan makan dan pakaiannya."

Komentar: Hadith di atas dibacakan kepada saya sewaktu saya sedang solat solat ba'diah Isya' oleh seorang karkun, secara tidak langsung. Makna sangat dalam dan dekat dengan pengalaman. Subhanallah! saya berjumpa lagi dengan mukjizat Nabi, sang pakar sepak terajang jiwa. Aku cuba mentafsirkan mengikut pengalaman

Orang yang bijak dalam beribadah akan sentiasa tidak puas dengan ibadah yang dia lakukan. Dia akan sentiasa mengkoreksi dan sentiasa berdoa dan berdoa minta digolongkan dalam kaum yang salih. Hatinya penuh ketakutan amalan tidak diterima dalam masa yang sama hatinya berbaik sangka terhadap janji-janji Allah. Segala keburukan dan bala yang menimpa diri dinisbahkan kepada dosa-dosa yang dilakukan, ataupun sebagai tiket untuk penaiktarafan makam di sisi Allah. 

Orang yang bodoh pula ialah orang yang suka mengikut hawa nafsunya. Pantang ada ghirah dalam jiwa, ingin saja dituruti. Bagi yang berilmu, akan dijustifikasi tindakannya dengan segala helah-helah kononnya atas kebajikan dan kemudahan Islam. Namun sebenarnya dikaburi jarum suntik syaitan yang lebih licik memutar fakta. Kebodohan yang jelas apabila sang penyembah nafsu selepas bermaksiat, mungkin bertaubat, atau mungkin menganggap dosanya itu kecil, tetapi berangan-angan untuk mendapatkan keampunan Allah. Sungguh biasa perkara ini berlaku dalam hidup. Terasa kelalaian itu perkara kecil dan terasa diri dijamin syurga. Bodoh...bodoh...

P/s: Sedang memikir konsep baru untuk blog sempena tahun baru...

0 attempted "mencapub"s: