Kepada para pembaca sekalian, sblum mendownload ada sedikit pesanan daripadaku, mudah-mudahan kita sentiasa dlm kebajikan dan dijauhkan daripada keburukan. Hendaklah kalian menjaga amanah ilmu itu dengan baik. Pastikan ilmu itu diperolehi dengan jalan yang baik. Ilmu itu diperolehi dengan belajar. Apb disebut belajar, maka timbullah 2 pihak iaitu guru dan murid. Maka, jalan yang baik dalam memperolehi ilmu itu adalah belajar. Belajarlah ilmu daripada guru yang bersanad ilmunya, dan beramal dengan ilmunya. Adapun, membaca adalah bukanlah menjadi kesalahan dalam menuntut ilmu, ianya adalah untuk menambah ilmu. Tetapi hendaklah kalian beringat, asas ilmu itu diperolehi daripada belajar. Bagaimanakah hendak ditambah rumah yang masih belum berdiri tiangnya? Jagalah amanah ilmu. Kebanyakan manusia yang telah terpesong dari jalan yang benar itu kerana terlalu cinta kepada pembacaan. Maka orang-orang yang tidak berguru itu, gurunya adalah syaitan. Jagalah amanah ilmu. Tuntutlah daripada masyaikh yang tahqiq ilmunya dan bersanad supaya kita beroleh pertolongan dari Allah dan keberkatan, InsyaAllah.
anda tidak hadir dalam sambungan perbincangan kita semalam..
"Maka orang-orang yang tidak berguru itu, gurunya adalah syaitan"
Hal ini benar,
1) Jika dia berguru dengan syaitan
2) Jika dia berguru dengan orang yg mendahulukan yg lain selain Allah dan Rasul
3) Jika dia berguru dengan orang yg mengikut hawa nafsu
Tetapi tidak untuk,
1) Orang yg membaca buku agama yg mudah pada bahasa kaumnya
2) Orang yg membaca buku yg ditulis guru yg bagus aqidahnya
3) yang membaca buku seolah-olah dia berguru dengan penulis buku
Namun, spt yg ditegaskan oleh al-Qaradhawi, untuk kitab2 yg lama dan kuno yg susah gaya bahasanya, maka perlukan berguru SUPAYA dapat diperoleh gaya baca yg betul....
Sila rujuk artikel berikut untuk merungkai permasalahan berguru dengan syaitan, spy tidak keliru spt sebahagian orang yg mendahulukan kelompok dia sendiri berbanding kebenaran daripada Allah dan Rasul,
Ketahuilah juga utk para pembaca "pesanan" di atas ini,
bahawa dia menetapkan:
1) إنما العام بالتعلم
Ini ialah hadith. Namun kefahaman beliau sempit hanya mebataskan ilmu yg benar ialah dengan talaqqi yg bersanad gurunya. Ini ialah memandai dalam meltakkan larangan dalam agama dan ianya menumpulkan pemikiran dan menghalang tranverse of knowledge dgn lebih luas.
Dia perlu hadir dalil yg jelas untuk perkara ini.
2) Hanya membatas kepada guru bersanad
Jika dia berdalil, dengan ini,
Abdullah bin al-Mubarak (wafat th. 181 H) rahimahullah berkata: “Sanad itu termasuk dari agama, kalau seandainya tidak ada sanad, maka orang akan berkata sekehendaknya apa yang ia inginkan".
Maka nyata dia sudah keliru kerana sanad di sini maksudnya sanad hadith yg boleh dikaji. Jadi kalau sanad rosak, maka tidak boleh diambil hadith itu. Padahal zaman sekarang hadith sudah dibukukan.
Maka kalian perlu membaca ini http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=1728:pendapatku-tentang-sanad&catid=55:al-quran-a-al-hadis&directory=56
3) Beliau juga mengatakan cara beliau inilah (hanya talaqqi dgn guru bersanad) hanya cara memperoleh pertolongan Allah dan keberkatan. Padahal beliau perlu mendatangkan dalil.
Jika tuduhan itu benar, maka tidak hairanlah jika wujud satu golongan daripada golongan beliau yg mencerca semua orang yg belajar daripada pembacaan, terutama yg belajar di universiti..
Smoga Allah menghidayahkan kepadanya jalan hidayah yg luas...
"1) Orang yg membaca buku agama yg mudah pada bahasa kaumnya"
soalan:
Berapa percent keyakinan yg kita ada untuk memastikan kesahihan buku2 agama zaman moden ini adalah tepat drpd kitab2 lama tanpa sedikit pun penambahan?
1)keyakinan kita kena berdasarkan dalil ya ukhti erma, kalau kita berprasangka terdapat kesalahan, maka perlu ada bukti, yang mana itu yg kita akan betulkan kalau salah...
2) Sama dalam masalah undang2, penuduh kena buktikan kesalahan dituduh. Dituduh tidak perlu buat apa2 melainkan apabila penuduh sudah memberi tuduhan berbukti, maka atas dituduh melawan balik dengan bukti, yakni hujjah juga bahawa dia tidak bersalah
3) Hukum ini untuk semua buku, bukan hanya untuk mereka tidak sebulu (baca: lain aliran kefahaman) dengan kita. Sikap kritis yg sama untuk aliran kita sendiri, yakni buku kita sendiri tidak terlepas daripada kesalahan.
4) Adalah sesuatu yg seakan mustahil jika kita meragui kesahihan satu2 produk ilmiah daripada aliran berbeza dengan sangkaan terdapat pengurangan atau penambahan daripada pihak mereka, padahal konsep mereka ini transparent dan sama atau identical seruannya seantero dunia, zaman ke zaman...biasanya seorang yg seruannya syiah di Iran sama dengan seruan di Malaysia juga
5)Alhamdulillah...kedapatan teknologi dan buku murah masa kini, membuatkan ana sendiri berjaya menelusuri sendiri matan-matan asal daripada kitab arab buku2 terjemahan dan rujukan yg berkaitan dengan manhaj ana, dan hasilnya tidak mendukacitakan. Saya amat berharap kalau kalian memiliki skill ini. Jika anda memiliki software spt maktabah syamilah, ianya amat membantu. Kegembiraan tidak terkata apbila buku2 rujukan kita tidak mengurang dan tidak menambah sedikit pun daripada bahan yg dibentangkan.
6)Walaubagaimanapun, ada kisah2 yg unik, spt kita mencari dalam satu edisi tidak ketemuan matan yg dicari. Timbul Su'u Zhan adakah disana terdapat penambahan. Maka kita secara beradab Islam melaksanakan tabayyun iaitu kita menanyakan sendiri kepada tuan buku. Dan dia sama ada akan membetulkan atau menerangkan kita perkara yg sebenar spt, terdapat dalam naskhah yg berlainan atau tahqiq yg berlainan. Ini tidak aneh kerana perbezaan manuskrip mmg biasa berlaku dalam percetakan, berbanding kita dengan cepat menuduh bahawa seseorang itu melakukan jenayah ilmiah menambah dan mengurang produk akademik seseorang..
Salam. Maaf lambat kerana sibuk dengan peperiksaan.
Kata-kata nta :
"Maka orang-orang yang tidak berguru itu, gurunya adalah syaitan"
Hal ini benar,
1) Jika dia berguru dengan syaitan
2) Jika dia berguru dengan orang yg mendahulukan yg lain selain Allah dan Rasul
3) Jika dia berguru dengan orang yg mengikut hawa nafsu
Tetapi tidak untuk,
1) Orang yg membaca buku agama yg mudah pada bahasa kaumnya
2) Orang yg membaca buku yg ditulis guru yg bagus aqidahnya
3) yang membaca buku seolah-olah dia berguru dengan penulis buku
Jawapan :
Siapa yang meletakkan huraian ini? Ana tidak pernah dengar atau belajar lagi. Jika ada rujukan drpd kitab2 ulama’ ASWJ, ana pun ingin tahu. boleh lah nyatakan rujukan kepada ana utk berkongsi ilmu. Terima kasih.
Kata-kata nta :
”untuk kitab2 yg lama dan kuno yg susah gaya bahasanya, maka perlukan berguru SUPAYA dapat diperoleh gaya baca yg betul”
Jawapan : Jagalah adab sebagai seorang penuntut ilmu terhadap kitab2 lama yg dikarang oleh ulama’2 kita dahulu, baru ilmu kita belajar berkat. Betulkah Syeikh Qaradawi menyebut dgn perkataan kuno terhadap kitab2 lama? Perkataan yg kurang baik didengari apabila disandarkan kepada sesuatu yg mulia.
Kata-kata nta :
”spy tidak keliru spt sebahagian orang yg mendahulukan kelompok dia sendiri berbanding kebenaran daripada Allah dan Rasul,”
Jawapan : Kami adalah golongan ASWJ yang berpegang dengan ajaran Allah dan Rasulullah saw, ulama’ ASWJ adalah sebagai jambatan kepada kami yg dhaif ini dalam mencapai kefahaman yg sebenar yg dikehendaki oleh AlQuran dan Sunnah. Ulama’2 kami ASWJ adalah sangat berhati-berhati dalam mentafsirkan AlQuran dan Sunnah. Ini kerana utk menjaga hubungan dengan Allah dan Rasul, takwa menjadi tiang utama mereka. Maka, kami yg lemah ini (yang serba kurang ilmu nahu, saraf, bayan, mantik, usul fiqh, usul tafsir, hadis, sanad, rawi, tajwid, asbabun nuzul serta banyak melakukan dosa dan kesilapan ini, hanya memiliki sijil Master PhD dalam bidang syariah, apalah shj yg ada pada kami ini.. ) mengikut akan mereka itu (ulama ASWJ) supaya mencapai kefahaman sebenar yg dikehendaki AlQuran dan Sunnah. Lalu, benarkah kami yg dhaif ini yang perlukan kepada ulama ASWJ dalam memahami AlQuran dan Sunnah dikatakan mendahulukan kelompok sendiri berbanding kebenaran Allah dan Rasul apabila mengambil ulama’ sebagai jambatan?
Kata-kata nta :
”Namun kefahaman beliau sempit hanya mebataskan ilmu yg benar ialah dengan talaqqi yg bersanad gurunya. Ini ialah memandai dalam meltakkan larangan dalam agama dan ianya menumpulkan pemikiran dan menghalang tranverse of knowledge dgn lebih luas.”
Jawapan : Subhanallah. Minta maaf jika ana ada menulis seperti itu (iaitu hny membataskan ilmu yg benar dengan bertalaqqi dan memandai meletakkan larangan dalam agama) . Tetapi bolehlah saudara membaca semula komen ana diatas, scroll ke atas. Fahami dengan baik perkataan ana itu, baca dengan hati yg lapang. Berlemah-lembutlah dalam berkata-kata. Bersangka baik dengan apa yg ana tuliskan itu.
Kata-kata nta :
”Beliau juga mengatakan cara beliau inilah (hanya talaqqi dgn guru bersanad) hanya cara memperoleh pertolongan Allah dan keberkatan.”
Jawapan : Wahai saudara. Lagi sekali, scroll ke atas, dan bacalah semula perkataan ana dengan baik dengan penuh tawaduk. Buka hati, lapangkan dada. Dimanakah perkataan ”hanya” dalam komen ana diatas? Jika ada, ana mohon maaf banyak.
Sekian shj reply dari ana. Mohon maaf jika ada slh silap. Wallahua’lam.
baiklah. ana minta maaf. ana sangkakan anda terlibat dengan golongan yg hanya membataskan sedemikian...tapi sebenarnya anda tidak.. alhamdulillah... kerana mmg disana ada golongan yg sedemikian...yg apabila seseorang mendatangkan ilmu dari sumber selain talaqqi guru bersanad jenis dia jah, dia tak terima...alhamdulillah.. maka ana dengan riang hati dan gembira menarik balik kata2 ana...justeru anda sekarang bagi ana ialah orang yg dapat menerima penerimaan ilmu bukan hnya dari cara talaqqi bersanad satu golongan jah, tapi melalui pembacaan, kajian, dan analisis kritikal... alhamdulillah...
"justeru anda sekarang bagi ana ialah orang yg dapat menerima penerimaan ilmu bukan hnya dari cara talaqqi bersanad satu golongan jah, tapi melalui pembacaan, kajian, dan analisis kritikal"
Jawapan :
Kata-kata nta ini telah ada jawapannya pada post ana yg lalu iaitu, "Adapun, membaca adalah bukanlah menjadi kesalahan dalam menuntut ilmu, ianya adalah untuk menambah ilmu. Tetapi hendaklah kalian beringat, asas ilmu itu diperolehi daripada belajar."
Rasulullah saw menuntut ilmu juga secara berguru iaitu drpd Jibril a.s. Maka, marilah kita sama2 mengikut SUNNAH NABI kita saw wahai pendukung2 sunnah =)
Kalau ana baca buku Fiqh Jihad oleh al-Qaradhawi, saya sebenarnya belajar dengan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Kalau ana punya musykil ana rujuk kepada ustaz lain yang boleh memahamkan ana tentang yg dimusykilkan.
Ini dasar utama teknik belajar ana. Ia tak terkeluar daripada hadith yg kita belajar diatas. Kerana Islam tidak menyempitkan perpindahan ilmu hanya dengan face-to-face conveyance.
Ana tak faham langsung kenapa method pelajaran Jibril as dan Rasulullah SAW nta utarakan sbg definisi berguru.
"Adapun, membaca adalah bukanlah menjadi kesalahan dalam menuntut ilmu, ianya adalah untuk menambah ilmu. Tetapi hendaklah kalian beringat, asas ilmu itu diperolehi daripada belajar."
Ayat diatas amat mengelirukan sehingga rasanya ana tinggalkan kerana tiada faedah. Tiada beza menambah ilmu dengan belajar. Sama saja.
Macam2 cara boleh belajar dan ianya diiktiraf oleh Islam spt berdialog dalam forum ke, komen mengomen di blog orang ke, duduk face-to-face dengan guru real depan mata ke, wat video conference guna paltalk daripada mesir ke, semuanya Islam iktiraf kerana ia hanya melibatkan urusan bukan tauqifiyyah spt aqidah dan syariat..bahkan ianya banyak berkaitan dengan sarana ilmiah spt pembukuan al-Quran...
Yang melebihkan antara satu yang lain ialah kadar kefahaman mana yg lebih mendalam dan lebih berkesan untuk interaksi dengan al-Quran dan as-Sunnah....
So tidak mustahil face-to-face talaqqi tetapi malu nak tanya soalan atau kalau banyak tanya soalan yg bermanfaat tapi ditegah oleh guru bersanad atas alasan "banyak bertanya spt Bani Israel", kurang afdhalnya berbanding duduk depan PC tetapi berdialog secara ilmiah dengan ahlu hadith dan ahlu fiqh seantero dunia berbincang dalam satu forum semua keluar pendapat (baca: method penyelesaian umat) masing dengan keadaan lapang dada dan tidak malu tarik pandangan jika bercanggah dengan al-Quran atau as-Sunnah...
Beginilah Islam mengajar ana cara mendapatkan ilmu...inshaAllah...
11 attempted "mencapub"s:
Assalamualaikum.
Kepada para pembaca sekalian, sblum mendownload ada sedikit pesanan daripadaku, mudah-mudahan kita sentiasa dlm kebajikan dan dijauhkan daripada keburukan. Hendaklah kalian menjaga amanah ilmu itu dengan baik. Pastikan ilmu itu diperolehi dengan jalan yang baik. Ilmu itu diperolehi dengan belajar. Apb disebut belajar, maka timbullah 2 pihak iaitu guru dan murid. Maka, jalan yang baik dalam memperolehi ilmu itu adalah belajar. Belajarlah ilmu daripada guru yang bersanad ilmunya, dan beramal dengan ilmunya. Adapun, membaca adalah bukanlah menjadi kesalahan dalam menuntut ilmu, ianya adalah untuk menambah ilmu. Tetapi hendaklah kalian beringat, asas ilmu itu diperolehi daripada belajar. Bagaimanakah hendak ditambah rumah yang masih belum berdiri tiangnya? Jagalah amanah ilmu. Kebanyakan manusia yang telah terpesong dari jalan yang benar itu kerana terlalu cinta kepada pembacaan. Maka orang-orang yang tidak berguru itu, gurunya adalah syaitan. Jagalah amanah ilmu. Tuntutlah daripada masyaikh yang tahqiq ilmunya dan bersanad supaya kita beroleh pertolongan dari Allah dan keberkatan, InsyaAllah.
Waalaikumussalam..
anda tidak hadir dalam sambungan perbincangan kita semalam..
"Maka orang-orang yang tidak berguru itu, gurunya adalah syaitan"
Hal ini benar,
1) Jika dia berguru dengan syaitan
2) Jika dia berguru dengan orang yg mendahulukan yg lain selain Allah dan Rasul
3) Jika dia berguru dengan orang yg mengikut hawa nafsu
Tetapi tidak untuk,
1) Orang yg membaca buku agama yg mudah pada bahasa kaumnya
2) Orang yg membaca buku yg ditulis guru yg bagus aqidahnya
3) yang membaca buku seolah-olah dia berguru dengan penulis buku
Namun, spt yg ditegaskan oleh al-Qaradhawi, untuk kitab2 yg lama dan kuno yg susah gaya bahasanya, maka perlukan berguru SUPAYA dapat diperoleh gaya baca yg betul....
Sila rujuk artikel berikut untuk merungkai permasalahan berguru dengan syaitan, spy tidak keliru spt sebahagian orang yg mendahulukan kelompok dia sendiri berbanding kebenaran daripada Allah dan Rasul,
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Tipudaya/keempat.htm
Ketahuilah juga utk para pembaca "pesanan" di atas ini,
bahawa dia menetapkan:
1) إنما العام بالتعلم
Ini ialah hadith. Namun kefahaman beliau sempit hanya mebataskan ilmu yg benar ialah dengan talaqqi yg bersanad gurunya. Ini ialah memandai dalam meltakkan larangan dalam agama dan ianya menumpulkan pemikiran dan menghalang tranverse of knowledge dgn lebih luas.
Dia perlu hadir dalil yg jelas untuk perkara ini.
2) Hanya membatas kepada guru bersanad
Jika dia berdalil, dengan ini,
Abdullah bin al-Mubarak (wafat th. 181 H) rahimahullah berkata: “Sanad itu termasuk dari agama, kalau seandainya tidak ada sanad, maka orang akan berkata sekehendaknya apa yang ia inginkan".
Maka nyata dia sudah keliru kerana sanad di sini maksudnya sanad hadith yg boleh dikaji. Jadi kalau sanad rosak, maka tidak boleh diambil hadith itu. Padahal zaman sekarang hadith sudah dibukukan.
Maka kalian perlu membaca ini
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=1728:pendapatku-tentang-sanad&catid=55:al-quran-a-al-hadis&directory=56
3) Beliau juga mengatakan cara beliau inilah (hanya talaqqi dgn guru bersanad) hanya cara memperoleh pertolongan Allah dan keberkatan. Padahal beliau perlu mendatangkan dalil.
Jika tuduhan itu benar, maka tidak hairanlah jika wujud satu golongan daripada golongan beliau yg mencerca semua orang yg belajar daripada pembacaan, terutama yg belajar di universiti..
Smoga Allah menghidayahkan kepadanya jalan hidayah yg luas...
Syukran...
Hukum Meletakkan Keberkatan Tanpa Dalil
http://hafizfirdaus.com/ebook/KemurnianTauhid1/Topik5.htm#tigabelas
nta berkata, tidak untuk:
"1) Orang yg membaca buku agama yg mudah pada bahasa kaumnya"
soalan:
Berapa percent keyakinan yg kita ada untuk memastikan kesahihan buku2 agama zaman moden ini adalah tepat drpd kitab2 lama tanpa sedikit pun penambahan?
1)keyakinan kita kena berdasarkan dalil ya ukhti erma, kalau kita berprasangka terdapat kesalahan, maka perlu ada bukti, yang mana itu yg kita akan betulkan kalau salah...
2) Sama dalam masalah undang2, penuduh kena buktikan kesalahan dituduh. Dituduh tidak perlu buat apa2 melainkan apabila penuduh sudah memberi tuduhan berbukti, maka atas dituduh melawan balik dengan bukti, yakni hujjah juga bahawa dia tidak bersalah
3) Hukum ini untuk semua buku, bukan hanya untuk mereka tidak sebulu (baca: lain aliran kefahaman) dengan kita. Sikap kritis yg sama untuk aliran kita sendiri, yakni buku kita sendiri tidak terlepas daripada kesalahan.
4) Adalah sesuatu yg seakan mustahil jika kita meragui kesahihan satu2 produk ilmiah daripada aliran berbeza dengan sangkaan terdapat pengurangan atau penambahan daripada pihak mereka, padahal konsep mereka ini transparent dan sama atau identical seruannya seantero dunia, zaman ke zaman...biasanya seorang yg seruannya syiah di Iran sama dengan seruan di Malaysia juga
5)Alhamdulillah...kedapatan teknologi dan buku murah masa kini, membuatkan ana sendiri berjaya menelusuri sendiri matan-matan asal daripada kitab arab buku2 terjemahan dan rujukan yg berkaitan dengan manhaj ana, dan hasilnya tidak mendukacitakan. Saya amat berharap kalau kalian memiliki skill ini. Jika anda memiliki software spt maktabah syamilah, ianya amat membantu. Kegembiraan tidak terkata apbila buku2 rujukan kita tidak mengurang dan tidak menambah sedikit pun daripada bahan yg dibentangkan.
6)Walaubagaimanapun, ada kisah2 yg unik, spt kita mencari dalam satu edisi tidak ketemuan matan yg dicari. Timbul Su'u Zhan adakah disana terdapat penambahan. Maka kita secara beradab Islam melaksanakan tabayyun iaitu kita menanyakan sendiri kepada tuan buku. Dan dia sama ada akan membetulkan atau menerangkan kita perkara yg sebenar spt, terdapat dalam naskhah yg berlainan atau tahqiq yg berlainan. Ini tidak aneh kerana perbezaan manuskrip mmg biasa berlaku dalam percetakan, berbanding kita dengan cepat menuduh bahawa seseorang itu melakukan jenayah ilmiah menambah dan mengurang produk akademik seseorang..
Wallaahua'lam
Salam. Maaf lambat kerana sibuk dengan peperiksaan.
Kata-kata nta :
"Maka orang-orang yang tidak berguru itu, gurunya adalah syaitan"
Hal ini benar,
1) Jika dia berguru dengan syaitan
2) Jika dia berguru dengan orang yg mendahulukan yg lain selain Allah dan Rasul
3) Jika dia berguru dengan orang yg mengikut hawa nafsu
Tetapi tidak untuk,
1) Orang yg membaca buku agama yg mudah pada bahasa kaumnya
2) Orang yg membaca buku yg ditulis guru yg bagus aqidahnya
3) yang membaca buku seolah-olah dia berguru dengan penulis buku
Jawapan :
Siapa yang meletakkan huraian ini? Ana tidak pernah dengar atau belajar lagi. Jika ada rujukan drpd kitab2 ulama’ ASWJ, ana pun ingin tahu. boleh lah nyatakan rujukan kepada ana utk berkongsi ilmu. Terima kasih.
Kata-kata nta :
”untuk kitab2 yg lama dan kuno yg susah gaya bahasanya, maka perlukan berguru SUPAYA dapat diperoleh gaya baca yg betul”
Jawapan : Jagalah adab sebagai seorang penuntut ilmu terhadap kitab2 lama yg dikarang oleh ulama’2 kita dahulu, baru ilmu kita belajar berkat. Betulkah Syeikh Qaradawi menyebut dgn perkataan kuno terhadap kitab2 lama? Perkataan yg kurang baik didengari apabila disandarkan kepada sesuatu yg mulia.
Kata-kata nta :
”spy tidak keliru spt sebahagian orang yg mendahulukan kelompok dia sendiri berbanding kebenaran daripada Allah dan Rasul,”
Jawapan : Kami adalah golongan ASWJ yang berpegang dengan ajaran Allah dan Rasulullah saw, ulama’ ASWJ adalah sebagai jambatan kepada kami yg dhaif ini dalam mencapai kefahaman yg sebenar yg dikehendaki oleh AlQuran dan Sunnah. Ulama’2 kami ASWJ adalah sangat berhati-berhati dalam mentafsirkan AlQuran dan Sunnah. Ini kerana utk menjaga hubungan dengan Allah dan Rasul, takwa menjadi tiang utama mereka. Maka, kami yg lemah ini (yang serba kurang ilmu nahu, saraf, bayan, mantik, usul fiqh, usul tafsir, hadis, sanad, rawi, tajwid, asbabun nuzul serta banyak melakukan dosa dan kesilapan ini, hanya memiliki sijil Master PhD dalam bidang syariah, apalah shj yg ada pada kami ini.. ) mengikut akan mereka itu (ulama ASWJ) supaya mencapai kefahaman sebenar yg dikehendaki AlQuran dan Sunnah.
Lalu, benarkah kami yg dhaif ini yang perlukan kepada ulama ASWJ dalam memahami AlQuran dan Sunnah dikatakan mendahulukan kelompok sendiri berbanding kebenaran Allah dan Rasul apabila mengambil ulama’ sebagai jambatan?
Kata-kata nta :
”Namun kefahaman beliau sempit hanya mebataskan ilmu yg benar ialah dengan talaqqi yg bersanad gurunya. Ini ialah memandai dalam meltakkan larangan dalam agama dan ianya menumpulkan pemikiran dan menghalang tranverse of knowledge dgn lebih luas.”
Jawapan : Subhanallah. Minta maaf jika ana ada menulis seperti itu (iaitu hny membataskan ilmu yg benar dengan bertalaqqi dan memandai meletakkan larangan dalam agama) . Tetapi bolehlah saudara membaca semula komen ana diatas, scroll ke atas. Fahami dengan baik perkataan ana itu, baca dengan hati yg lapang. Berlemah-lembutlah dalam berkata-kata. Bersangka baik dengan apa yg ana tuliskan itu.
Kata-kata nta :
”Beliau juga mengatakan cara beliau inilah (hanya talaqqi dgn guru bersanad) hanya cara memperoleh pertolongan Allah dan keberkatan.”
Jawapan : Wahai saudara. Lagi sekali, scroll ke atas, dan bacalah semula perkataan ana dengan baik dengan penuh tawaduk. Buka hati, lapangkan dada. Dimanakah perkataan ”hanya” dalam komen ana diatas? Jika ada, ana mohon maaf banyak.
Sekian shj reply dari ana. Mohon maaf jika ada slh silap. Wallahua’lam.
baiklah. ana minta maaf. ana sangkakan anda terlibat dengan golongan yg hanya membataskan sedemikian...tapi sebenarnya anda tidak.. alhamdulillah... kerana mmg disana ada golongan yg sedemikian...yg apabila seseorang mendatangkan ilmu dari sumber selain talaqqi guru bersanad jenis dia jah, dia tak terima...alhamdulillah.. maka ana dengan riang hati dan gembira menarik balik kata2 ana...justeru anda sekarang bagi ana ialah orang yg dapat menerima penerimaan ilmu bukan hnya dari cara talaqqi bersanad satu golongan jah, tapi melalui pembacaan, kajian, dan analisis kritikal... alhamdulillah...
Kata-kata nta :
"justeru anda sekarang bagi ana ialah orang yg dapat menerima penerimaan ilmu bukan hnya dari cara talaqqi bersanad satu golongan jah, tapi melalui pembacaan, kajian, dan analisis kritikal"
Jawapan :
Kata-kata nta ini telah ada jawapannya pada post ana yg lalu iaitu,
"Adapun, membaca adalah bukanlah menjadi kesalahan dalam menuntut ilmu, ianya adalah untuk menambah ilmu. Tetapi hendaklah kalian beringat, asas ilmu itu diperolehi daripada belajar."
Rasulullah saw menuntut ilmu juga secara berguru iaitu drpd Jibril a.s. Maka, marilah kita sama2 mengikut SUNNAH NABI kita saw wahai pendukung2 sunnah =)
Wallahua'lam
Kalau ana baca buku Fiqh Jihad oleh al-Qaradhawi, saya sebenarnya belajar dengan Dr. Yusuf al-Qaradhawi. Kalau ana punya musykil ana rujuk kepada ustaz lain yang boleh memahamkan ana tentang yg dimusykilkan.
Ini dasar utama teknik belajar ana. Ia tak terkeluar daripada hadith yg kita belajar diatas. Kerana Islam tidak menyempitkan perpindahan ilmu hanya dengan face-to-face conveyance.
Ana tak faham langsung kenapa method pelajaran Jibril as dan Rasulullah SAW nta utarakan sbg definisi berguru.
"Adapun, membaca adalah bukanlah menjadi kesalahan dalam menuntut ilmu, ianya adalah untuk menambah ilmu. Tetapi hendaklah kalian beringat, asas ilmu itu diperolehi daripada belajar."
Ayat diatas amat mengelirukan sehingga rasanya ana tinggalkan kerana tiada faedah. Tiada beza menambah ilmu dengan belajar. Sama saja.
Macam2 cara boleh belajar dan ianya diiktiraf oleh Islam spt berdialog dalam forum ke, komen mengomen di blog orang ke, duduk face-to-face dengan guru real depan mata ke, wat video conference guna paltalk daripada mesir ke, semuanya Islam iktiraf kerana ia hanya melibatkan urusan bukan tauqifiyyah spt aqidah dan syariat..bahkan ianya banyak berkaitan dengan sarana ilmiah spt pembukuan al-Quran...
Yang melebihkan antara satu yang lain ialah kadar kefahaman mana yg lebih mendalam dan lebih berkesan untuk interaksi dengan al-Quran dan as-Sunnah....
So tidak mustahil face-to-face talaqqi tetapi malu nak tanya soalan atau kalau banyak tanya soalan yg bermanfaat tapi ditegah oleh guru bersanad atas alasan "banyak bertanya spt Bani Israel", kurang afdhalnya berbanding duduk depan PC tetapi berdialog secara ilmiah dengan ahlu hadith dan ahlu fiqh seantero dunia berbincang dalam satu forum semua keluar pendapat (baca: method penyelesaian umat) masing dengan keadaan lapang dada dan tidak malu tarik pandangan jika bercanggah dengan al-Quran atau as-Sunnah...
Beginilah Islam mengajar ana cara mendapatkan ilmu...inshaAllah...
Subhanallah.....
untuk hanya 27 kalimah, mmbawa kepda perbhasan yang menarik.....
ps: umar, mintak diemel assisgnment syiah group kiter aritu kat emel hambe.... syukran
Catat Ulasan