Jumaat, April 15, 2011

Sejenak Dalam Mencintai Hizbullah dan Iran..


 - Umar Mukhtar al-Libya -

"Saya seorang yang terbuka dengan kebebasan fikir. Namun kebebasan ini hendaklah tidak membawa kepada keruntuhan prinsip. Ada yang kata kepada saya: “Dr, kita orang sunni tidak melawan dengan Amerika dan kuffar, ahli sunnah sudah tidak relevan lagi..Syiah saje yang berani sekarang”. Saya katakan; kita sanjung penentangan mereka. Apatah lagi rekod Hizbullah juga mendorong ke arah itu. Namun kenyataan yang menyebut orang sunni tidak menentang Amerika dan kuffar sudah melampau. Siapa yang menghalau Rusia keluar dari Afghanistan? Siapa yang membantu mujahidin ketika itu? Siapa yang berperang di Kasymir? Siapa yang berperang Chechnya? Siapa yang berperang di Iraq sehingga hari ini?. lebih penting, siapa yang sedang berjihad di Palestin yang sedang lupai sekarang akibat isu Lebanon. Begitulah adanya kita, apabila dibuat serangan baru, kita lupa serangan lalu..kita lupa Afghanistan, kita lupa Iraq, kita lupa Chechnya, kita lupa Palestin..kita lupa..kita lupa.." - Dr. Asri Zainul Abidin

0 attempted "mencapub"s: