Kau berikanku segala-galanya
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
dan Kau mengujiku dengan cinta dunia
yang sungguh indah dan
Kau hiaskannya dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripada-Mu
Dalam menikmati kurniaan-Mu
tak terucap lafaz terima kasihku
namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu
Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redha-Mu
Hanya kerna-Mu Tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada-Mu
hanya pada-Mu dalam
sujud cintaku.
[Abd Halim]
بسم الله الرحمن الرحيم
Betapa ramai manusia beribadah. Setiap waktu, setiap tempat, dan setiap hati. Cuma biasanya hanya yang diibadahi sahaja berlainan.
Malah, juga yang beribadah asalnya kepada Allah namun di"tambah perisa", dan jadilah rhetorik fantasi dan ritual "buat sendiri". (Agama Samawi, Yahudi dan Nasrani)
Berbahagialah mereka yang memperoleh Tarbiyyah Allah. Mereka meyakini bahawa hidupnya di dunia ini tidak lebih hanya untuk mengibadahi Allah selaku Pencipta, Pengatur, Penggubal Syariat dan Pemilik Sifat-Sifat dan Nama-Nama yang Tinggi dan Terbaik. Semuanya terangkum dalam,
لا إله إلا الله ، محمد رسول الله
[Rabb] Pastinya Tuhan itulah yang mencipta, mengatur, menyusun dan memusnah sesuai dengan Ilmu dan Iradat-Nya
[Ilah] Pastinya Tuhan itulah yang menggubal Syariat dengan autonomi yang penuh, tanpa contengan-contengan hawa nafsu dan khayalan makhluk, kerana itu jelas sekali syirik.
فلا تجعلو لله اندادا وانتم تعلمون
"..Maka janganlah kamu menjadikan bagi Allah saingan-saingan sedangkan kamu mengetahui.." [al-Baqarah 2:22]
Dengan kalam, fiil, dan sifat Rasul-Nya, Dia menyampai kepada manusia sebetul-betul jalan untuk beribadah kepada. Bukan dengan tafakkur, bukan dengan inovasi, dan bukan dengan perantara. Kerana itulah, Rasul itu diutus! Tiada lain yang menyampai, melainkan Rasul!
[Sifat-Sifat] Pastinya Tuhan itulah yang punyai Sifat-Sifat Yang Agung dan Nama-Nama Yang Terbaik. Yang tiada tandingan. Disampaikan Sifat dan Nama-Nya dalam bahasa yang manusia faham. Bukan dengan metafora dan personifikasi yang menyusahkan sehingga manusia keliru. Namun ada saja yang keliru kerana tidak kenal Tarbiyyah Allah.
Dan bagi mereka yang percaya, Semua itu menenangkan bagi mereka..
Saudara dan saudariku yang membaca,
Allah, Pencipta kita berfirman:
والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا وإن الله لمع المحسنين
"..Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh (dengan ikhlas) kerana memenuhi kehendak agama Kami, Sesungguhnya Kami (sendiri) akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.." [al-Ankabut 29:69]
Berusahalah walau kita sering terjatuh. Berusahalah dengan Ikhlas, yakni semuanya kerana Allah.
Pasti. Dia sudah janjikan? Pasti Dia akan memimpinmu menuju-Nya! Inilah Sunnah-Nya!
Tangisilah dosa-dosamu, bengkak-bengkakkanlah tapak kakimu, dan maki-makilah keburukan dan nista dirimu.
Sesungguhnya Tarbiyyah-Nya, melangkaui kemaruk ibadahmu...
Ps: Pagi Ramadhan yang Syahdu... Allahu Akram..







0 attempted "mencapub"s:
Catat Ulasan