- past years Communist Govt aggression to Uyghur Muslim -
URUMQI 7 Ogos - Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.
Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian.
Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka.
Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan.
"Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review.
Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.
Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang.
"Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya.
Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera.
Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. - Agensi, Reuters, Utusan.
[KOMENTAR]
Kononnya kita ada Oic dan Liga Arab. Namun saya tak pasti adakah mereka mempunyai Majlis Keselamatan setaraf PBB untuk menjaga darah dan harta kaum Uyghur.
Ada pihak menfatwakan bahawa umat Islam Uyghur perlu berhijrah ke negara Islam. Ini fatwa yang popular sejak zaman Salaf lagi.
Persoalannya, ke mana mereka ingin berhijrah?
Adakah so-called negara-negara Islam di dunia akan menerima mereka? Sanggupkah negara-negara Islam itu menyentuh hubungan diplomatik mereka dengan China?
Semoga Allah merahmati Malaysia.
Kita pernah berusaha menyelamatkan kaum Islam di Somalia, Bosnia, Palestin, Kemboja dan Rohingya. Kita juga memudahkan kaum lain untuk bekerja di Malaysia seperti Bangladesh dan Indonesia.
Semoga Uyghur juga dapat kita selamatkan...
ps: When I said M'sia, I meant all part of Govt such YDPA, Central Govt, and Opposition. Not BN!


1 attempted "mencapub"s:
highlight........NOT BeEnd.........
Catat Ulasan