Ahad, Disember 04, 2011

"Surah al-Fatihah : Ayat 1"


* بسم الله الرحمن الرحيم *

Dimulakan solat dengan menyebut Nama-Nya, daripada sekalian Nama-Nama-Nya yang baik. Solat yang dilaksanakan atas ketaatan setelah memahami (mendengar, melihat, merasa, dan berfikir) tanggungjawab diri untuk menyantuni Pencipta.

Iaitu Allah, yang tertumpu pada Nama ini segala keabdian, penyembahan dan ketundukan. Terkandung padanya maksud Pencipta dan Pembuat Syariat, kerana nama Allah itu duduk sendirian, tiada sama seperti Ayat 1 & 3 Surah An-Nas, yang di sana masing-masing menzahir keunggulan sendiri.

Dia kemudian menzahirkan Diri-Nya sebagai Sang Pemurah, mengurniakan nikmat-nikmat alam kepada sesiapa yang Dia kehendaki daripada batu-bata, tumbuhan, binatang sehinggalah insan. Tiada prejudis.

Dia seterusnya menzahirkan Sifat-Nya yang bakal menyelamatkan hamba-hamba-Nya yang sedar hakikat diri sebagai hamba yang perlu tunduk dan taat apabila mendengar dan melihat seterusnya berpenat-penat melawan dorongan nafsu dan syaitan yang kafir pada Penciptanya, menyucikan diri dan berserah dalam tawakkal atas nasib diri. Benar, dia prejudis dan berat sebelah kepada mereka yang sungguh-sungguh untuk menemui-Nya, dengan menyuluh jalan yang tidak diketahui banyaknya...

Bersambung Ayat 2...

* Luahan ini subjek untuk perubahan dan penambahan...


0 attempted "mencapub"s: