Rabu, November 20, 2013

Islamis: Antara Ekslusifisme dan Inklusifisme

"Enta tak boleh cakap perkara ni kat umum Syeikh!" 
" Mana Sirr wa Hazar nta?"
"Enta rasa nta hebat sangat nak tegur pimpinan macam tu?"

   Ramai ahli gerakan Islam terkeliru dengan pendekatan gerakan Islam kontemporari fasa sebelum dan selepas "intima'" dengan organisasi. Kalau sebelum, bicara naqib penuh manis. "Islam itu untuk semua", "Islam rahmat bagi sekalian manusia", ini adalah skrip aman dan mendamaikan menusuk hati para mad'u dan prospektif kader untuk lebih dekat kepada gerakan Islam.
   Tetapi senario ini berubah selepas "intima'". Pemilihan pimpinan hanya dibahas dalan syura yang sempit. Idea dan pandangan hanya berlegar di akhir post mortem program. Pimpinan thaifah duduk satu rumah dengan visi utk memperkasakan organisasi tetapi menjauhkan diri dengan ahli. Lantas thaifah menjadi ekslusif. 

    Persoalannya, adakah gerakan Islam sejak zaman Nabi itu ekslusif? Agendanya tidak dibahas dalam kelompok masharakat? Pimpinannya dipilh secara sembunyi dalam pada mata kasar penilai meja bulat?

Kenampakannya tidak. Terlalu banyak riwayat hadith dan athar salaf yang menceritakan tentang tindakan dan qaul2 serta polisi para salaf termasuk Rasulullah. Nah. Perkara ini bahkan diriwayatkan. Ia begitu terbuka. Inklusif. Tidak ekslusif.

Kerana Islam itu rahmat bagi semua alam, Rahmat datang membasti penganiayaan. Penghambaan manusia kepada manusia. Dengan adab yang authentik pastinya. Tiada kiralah manusia itu berserban atau bercelak matanya.

Tiada ulasan: