Rabu, Julai 15, 2009

Sedang sibuk...




" Perkara ini sering menguraikan harapanku pada akhirat, namun inilah mazra'ku yang aku perlu semai dengan biji-biji benih tarbiyah, dibajai dengan ikhlas dan sabar, dan disiram dengan istiqamah dan cinta yang mendalam..."

" Ya Allah... aku amat membenci orang yang menganggap Islam itu milikannya, dia bermudah-mudah mengatakan dia yang paling benar. Berlembutlah wahai para muslimin al-mutaqaddimin!"

Rabu, Jun 24, 2009

Bebas! tapi...

"Masih tak dapat kawal serakah gila itu..." -

Sabtu, Jun 20, 2009

Quarantine : Cage : Hell on Earth!



" Get me out of this scorched tomb! "

The last Tuesday, the night of 16th of June was the beginning of this stuffed little torture of my life...

7 days waiting in this cage will render me an absolute mental sickness..

Indeed, we have been supplied well and were given full 6 times of meals...

but the "ni'mah" of independence will never be replaced...

And now still waiting until 23rd..dying...and rotting...

p/s: does anybody has "Angels & Demons" movie? pls, i really need it..



Jumaat, Jun 19, 2009

Polemik Baru Bashar-ku..



Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati

Untuk hatiku yang masih mengharap
Tuhan ku pinta segala terlerai


Walaupun aku tidak pasti

Apakah masih membara dosaku

Di lautan derhaka ku terus berombak

Menghempas taubatku yang kian retak

Oh Tuhan ampunilah daku

Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Qudus

Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku

Dalam pilu ku masih merayu

Biarlah dosa-dosa lalu

Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu


Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu

Hidup matiku hanya untuk-Mu

Maudhu': Ku Merayu
Munsyid: Alarm me

p/s: ketika ini, sedang dikuarantin daripada menyebar virus H1N1..sungguh..tidak sesukar melawan nafsu dan tidak seperit menjaga taubat..


Khamis, Jun 11, 2009

Starting the da'wah bil Lisan...




A
rgh!!!!!




"C***i!tak guna punya diri,sampai bila cukup sekadar membenci" hatiku menggerutu sendiri.

Senario tadi benar-benar mencengkam naluri muslim aku. Selamba saja mereka berdua berasmara dana. Mengusik-ngusik, berpeluk-peluk dan membelai-belai. Aku tahu syaitan antara keduanya. Dan aku yakin ini merupakan masa untuk aku pastikan perjuangan dakwah aku selama ini bukan hanya "mencapab" (mencari publisiti) Tapi..

Sejurus membeli top up, langsung ku beredar pergi...

Celakalah engkau wahai da'ie kalau beginilah sifatmu...

Seribu satu telaan bermain di fikiran.

"Mungkin nanti si pemuda akan mengganas dan lantas menumbuk tubuh yang kecil ini?"

"Atau mungkin jiwa ini akan dikuasai amarah lantas bertindak mengikut hawa nafsu, bukan mengikut Cara Hidup ini?"

Hmmm...

(Bertekad)

Ku pandang depan dan belakang. Tidak ada kenderaan. Ku buat pusingan U-Turn. Wajah Tobrani bermain di fikiran.

"Dia boleh tolong aku.."

Ku jumpa Tob yang sudah mulai pergi. Ku ajak dia berbicara. Dan dia bersetuju.

Langsung kami mempersiap langkah. Mengumpul kekuatan dan menelan segala ketakutan dan kekecutan...

"Assalamualaikum. Dah kawin?"

"Belum"

"Abis kenapa pegang-pegang tadi?"

"Kawan.."

"Tak boleh. Kita orang Islam. Syariah tak benarkan kita buat macam tu"

"Okey..okey saya insaf" (tersenyum memandang bawah). Sang pemudi hanya tercegat di samping.

"Boleh jadi tiba-tiba kalau kamu mati sebentar lagi, apa nak jadi? kamu buat saya panas ni!"

Akhirnya, selepas seketika Tobarani mengucapkan salam dan kami pun bla...

Aku menggenggam erat tangan Tob. Tob menggenggam bahuku.

"Terima kasih banyak enta tolong ana. First time ana buat cam tu."

" Ana pun terima kasih banyak. tapi ana tak puas hatila nta kata panas tadi tu. Berhikmah lah sikit"

"Hmm.. ana pun baru first time"

.......................................................................................................................................

p/s: Tujuan ana menceritakan ini bukan untuk menunjuk. Bahkan kekuatan itu pun bukan boleh ana dapatkn selalu. Cuma untuk kita para daie ini berfikir...sampai bila hendak duduk dalam kepompong dakwah yang hanya mampu membenci? Jangan risau Allah pasti membantu kita percayalah..

nasib baik ada tob..huhu..

"Laa yakallifulLaah nafsan illaa wus'ahaa"

Isnin, Jun 08, 2009



Ittihadiyyah: Sinar bagi yang tidak bertaqlid...



Faisal Tehrani

Soalan itu saya (penulis blog asal) tanyakan kepada saudara Faisal Tehrani, pengarang kreatif berwacana dakwah pada 24 April lalu di KLIBF, PWTC. Sebelum beliau menjawab, saya hulurkan alat rakaman, dia mengangguk setuju. Di sini, saya duplikasikan dari alat rakaman (tanpa mengedit banyak) yang isinya adalah suara yang terbit dari mulut FT sendiri. Silakan membaca.

Abang Faisal betul bermazhab Syiah?

Saya telah menjadikan Syiah seperti satu tesis saya dalam novel. Itu tak boleh dihujahkan bahawa saya telah berpindah mazhab. Awak ingat senang nak pindah mazhab? Berapa tahun dah saya beramal seperti ini (Ahl Sunnah), adakah dengan bertemu dengan satu benda yang bukan dari darah daging saya, keluarga saya, saya nak berpindah tiba2? Ia tak semudah itu. Jadi dengan tuduhan –tuduhan itu saya kecewa.

Dari segi aqidahnya masih Ahl Sunnah?

Macam ni, apa masalahnya aqidah Ahlu Sunnah dengan aqidah Syiah sekalipun. Baik, aqidah Syiah ni apa dia? Orang selalu tanya saya tentang ni, saya nak tanya semula, apa yang sebenarnya mereka tahu tentang Syiah? Kalau saya tanya awak, apa yang awak tahu tentang Syiah? Awak bayangkan, bila saya tanya, dia kata apa, Syiah ni sesat. Bila tanya mengapa, dia kata Al-Quran Syiah ada 40 juzuk. Saya ketawalah. Bukankah Allah SWT telah berfirman bahawa al-Quran ni daripada Luh Mahfuz, Kamilah (Allah) yang menjaganya. Kalau al-Quran itu tambah 10 juzuk lagi, tentulah tidak munasabah kerana bertentangan dengan janji Allah. Maknanya dia tak percaya janji Allah, kalau ikut logik, berapa ramailah qari dari Iran telah menang Musabaqah al-Quran Peringkat Antarabangsa, kalaulah al-Quran 40 juzuk, tentulah Hasan Az-zahari pun terkejut, eh, surah mana ni, tak pernah jumpa pun kan. Tapi orang kata sedaplah Ikhfa’, Idghamnya apa semua bagi menang jugak, tak munasabah tak? Jadi, bagi logik la.

Perbincangan-perbincangan orang kita selalunya tak ada jejak. Sebab banyak emosi. Jadi, saya suka membaca dan mengkaji. Malik Ben Nabi saya baca. Teori recycle saya bentangkan di Kuantan. Macam sekarang ni saya terpaksa bentang satu demi satu kepada orang yang tak tahu latar belakang agama, bahawa Malik Ben Nabi ni bukan Syiah, dia Maliki. Dia kata apa, Teori Budaya. Saya gunakan teori ini- kenapa tulisan Jawi hilang daripada kita? Sebab kita melepaskan Tulisan Jawi kita konon nak meraikan Cina dan India, sudahnya Cina dan India dapat tulisan dia, kita hilang tulisan kita. Kita nak patah balik tulisan Jawi senang tak? Susahkan? Jadi Malik Ben Nabi kata, sesuatu budaya itu jika dilepaskan susah dah nak dapatkan balik. Saya bagitau dalam hujah saya tentang PPSMI. Itulah yang akan berlaku, kalau kita bagi muka enam tahun (menggunakan PPSMI), nak dapat balik susah, awak rasa kerajaan nak ubah tak? Takkan? Jadi kita dah hilang, ada kemungkinan Sastera Melayu kita ni terancam sebab kerajaan tak nak ubah, sebab dia dah belanjakan duit sekian banyak, kalau dia nak ubah mungkin ada kompromi misalnya sekolah rendah dalam BM, kemudian sekolah menengah, masih dalam BI. Kita dah tak boleh nak buat apa, diaorang kata nak lawan juga, ok saya kata kita lawan tapi kita tengok setakat mana yang kita boleh lawan tapi bagi saya, bila budaya itu kita dah lepaskan memang susah kita nak dapatkan semula. Itu satu teori yang saya gunakan dari Malik Ben Nabi, seorang jurutera belajar di Perancis, apalah salahnya kita mengakui dari orang lain?

Saya dukacitalah ustaz-ustaz kita pun sendiri dia tidak turun padangmelihat dengan sesungguhnya. Saya tengok Allahyarham Ustaz Wan Shagir pun kena, sebelum dia meninggal. Saya rasa tak adillah pada beliau. Saya pun antaranya terkena apabila Dr Asri buat hal. Itupun bila kita berjumpa, kita tak bercakap perkara tu. Saya hormat dia, dia hormat saya. Jadi, kalau nak kata Syiah tu macam awak kata aqidahkan, saya baca aqidah Syiah tu apa, pertama Allah kemudian Rasulullah SAW dan Ahl Bait. Adakah Sunni tak terima Ahl Bait? Soalan saya, Sunni terima Ahl Bait ke tak? Mereka terima dan digolongkan dalam para sahabat jugak, betul tak? Saya tengok Syiah, ada tak mereka terima sahabat? Dia terima sahabat tapi sahabat tertentu sahaja. Syiah kata, mereka tak terima sahabat yang meninggalkan Rasulullah SAW masa khutbah Jumaat (12 orang). Ada di kalangan sahabat yang ditolak iaitu Muawiyah. Mereka meletakkan autoriti Ahl Bait itu nombor 3. Apabila Saidina Hasan bergaduh dengan Muawiyah, tentulah mereka berpihak kepada Saidina Hasan. Saya rasa logik. Pendapat yang mengatakan Syiah menolak Ummul Mukminin tu salah. Saya jumpa hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah.Ada hadis-hadis tentang keutamaan Saidina Ali yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah, Syiah terima. Tapi, pada Syiah, antara ramai-ramai Ummul Mukminin, takkanlah Saidatina Aisyah boleh mengatasi Saidatina Khadijah? Betul tak? Rasulullah SAW pun sangat sayang Khadijah. Ketika berkahwin dengan Khadijah, Baginda SAW tidak pernah menikahi wanita lain.

Jadi, ok tak ada masalah saya tengok, ini akidah diaorang. Selain itu, Syiah Imamiyah mempunyai imam-imam yang susur galurnya bermula dari Imam Hasan dan Husin. Saya buka Kitab Khasyful Ghoibiah karya Syeih Muhammad Zain al-Fatani seorang Sunni, saya percaya ustaz-uztaz kita tahu dan ada maklumat tapi seperti mana pelajar-pelajar saya masuk bengkel novel sejarah Yayasan Warisan Johor, Prof Abdullah ke Mukhtar dari UM kata memang ada sejarah Melayu yang disembunyikan contoh Sejarah Sultan Mahmud mangkat dijulang. Perangai Sultan Mahmud sengaja disembunyikan. Saya tulis dalam Sasaatul Ibaad. Sejarah kita masih nak pakai raja-raja lagi. Sejarah Ustaz Abu Bakar al-Baqir dan Burhanudin al-Helmi memperjuangkan tanah air ditutup kemudian ditonjolkan tokoh-tokoh seperti Dato’ Onn, Umno dan sebagainya sebab ada propaganda tertentu. Jadi, tidak mustahil ada sejarah dipadamkan. Saya kata kalaulah kita gunakan hujah bahawa ‘kita dah berada dalam zon selesa, inilah agama yang diajarkan mak bapak dan ustaz-ustaz aku ajar’, hujah itu sama valid macam jawapan Abu Lahab yang mengatakan ‘aku tak nak berpindah dari menyembah Latta dan Uzza kerana inilah yang datuk nenek moyang aku ajar.’ Dan ketika Allah tanya nanti, kita tak boleh nak jawab jawapan taklid begitu, kita dah diberikan akal fikiran dan peluang. Kena gunakan semua itu untuk membaca, mengkaji, berfikir. Itulah yang menyebabkan saya mula baca kitab, banyak kitab saya beli.Ada sesetengah kitab saya beli KDN tak lepas. Dalam tempoh yang sama juga, saya kelihatan cenderung dan membela Syiah, jadi adalah kelompok Syiah yang betul datang hampiri saya, mengadukan masalah mereka kepada saya. Mendengar masalah tersebut, saya jadi berminat nak tahu lebih mendalam dan mulalah dampingi mereka tapi hanya sekadar berkawan. Dari situ, orang mula kata betullah Faisal ni Syiah. Sehingga, pihak DBP yang tak tahu menahu pun, dalam meeting keluarkan larangan jangan panggil saya.

Kan banyak khilaf antara Syiah dengan Islam yang Rasulullah SAW bawa contohnya sembahyang mereka ada gunakan batu dan sikap mereka yang taksub pada Ahl Bait, bolehkah terima?

Itulah yang membezakan antara saya dengan awak, awak menghukum mereka tetapi saya, sebelum mengambil apa-apa keputusan, saya adakan kajian dulu. Apabila orang kata Yasmin Ahmad sekian-sekian, saya tak mulakan dengan tanggapan awal sebelum kenal dia. Saya tengok filem dia, saya kenali dia siapa, sampai satu masa saya sendiri berkata, o dia ni wajar diperangi. Selepas jelas keyakinan baru saya jatuhkan hukum. Proses tu agak lama.

Dalam kes Syiah, saya telah pergi ke Iran untuk melihat dan mengkaji sendiri tentangnya. Itu cara saya kalau nak tahu tentang sesuatu, mesti adakan kajian mendalam terlebih dahulu. Adil tak kalau awak tak tanya diaorang, awak terus hukum? Saya ada orang bagi buku, tapi saya tak mahu, saya mesti kena tanya dulu. Saya ke Iran jumpa Mullah Syiah, tanya perbezaan2 Syiah dengan Sunni. Soal sembahyang itu berkait dengan Feqah Jaafari. Mereka bagi jawapan dengan hujah-hujah yang tak dapat ditolak. Dalam Islam pun, ada perbezaan mazhab antara Syafie dan Hanafi misalnya, apatah lagi Syafie dengan Jaafari, sangat besar bezanya. Dalam Kitab Khosyful Ghaibiah, Kitab Sunni ada disebutkan Islam yang mula-mula datang ke alam Melayu adalah Islam Syiah. Saya percaya 100% kerana saya sendiri adakan kajian di Aceh di tempat Islam mula-mula tiba Kerajaan Pasai Perlak, kerajaan Sultan Malikul Saleh. Pada tulisan di nisannya ada tulisan Nahjul Balaghah. Kitab Nahjul Balaghah ni hanya dikaitkan dengan orang Syiah. Saya juga kaji perbezaan boria dan bagaimana dia berubah yang ada unsurnya dalam peristiwa Karbala.

Ada 3 jalur manusia antaranya syiah keturunan, awak nak hujahkan mereka sesat ke? Tak boleh. Mereka sembahyang, tunaikan haji dan umrah macam kita, kalau tentang kesedihan mereka sambut Asyura, taksub mereka kerana atas peristiwa-peristiwa tertentu. Banyak perkara boleh dihujahkan termasuklah Hadis. Pada saya, untuk berlaku adil, tanyalah mereka dahulu. Rugi la kalau tak tanya.

Ubah Ummu. Kita bertanggungjawab dengan diri kita. Tak boleh bersandar pada ayah, pada mak, ustaz-ustaz kita. Allah akan tanya nanti. Sangat tidak adil untuk sesetengah orang kita tuduh sekian-sekian. Perbezaan antara mazhab ni satu masalah biasa. Pengalaman saya di Turki dulu, para pelajar saya bermazhab Hanafi. Ada banyak perkara kami bertekak misalnya makan sotong. Mazhab Hanafi tak makan makanan laut. Hujah mereka makanan laut haram, haram masuk neraka. Kita di Malaysia khususnya orang Terengganu suka makan sotong, jadi orang Terengganu, masuk neraka semua. Khilaf mazhab ni banyak. Masa kami musafir, para pelajar saya tak jamak kerana dalam Mazhab Hanafi tak ada jamak. Kalau mereka jamak pun mereka akan solat sunat sebelum dan selepas kerana bagi mereka solat sunatpun wajib. Jadi, benda khilaf yang kecil telah diperbesarkan. Saya dukacitalah.

Sebagai Sunni, jika ada orang Syiah burukkan sahabat, misalnya Abu Bakar dan Umar, apakah Abang Faisal bela?

Bukan soal bela. Saya dengar dulu. Saya tak akan bela tak tentu pasal. Tengok keadaan perbincangan. Sejarahkan sentiasa ada dua sisi. Bagi Syiah, Imam Ali adalah lebih layak berbanding Abu Bakar kerana peristiwa Ghodir Hum. Mereka hujahkan A B C D E, saya dengar. Begitu juga kenapa mereka tak terima Umar melebihi Ali, ada A B CD E , saya dengarlah semuanya alasan mereka.

Sebagaimana saya menghormati orang cina, kenapa teruk sangat saya tak boleh terima orang bermazhab Syiah hanya kerana beza cara sembahyang sahaja. Mereka bukan sembah turbah tapi mereka sujud atas turbah tu. Al-Maududi pernah menulis, baca buku Khilafah wal Mulk. Dia Pertikaikan pemerintahan Usman, sebagai pemerintahan korup, nepoitisme, bagi pada adik beradik jawatan, jadi macam mana saya nak bela sahabat (Usman)? Yang berakhir dengan kematian iaitu pembunuhan ke atas Usman. Bukti ada dalam sejarah. Orang Sunni pun berhujah begitu mcm saya nak bela? Kalau nak berlaku adil, baca lah.

Ada tu Syiah keturunan, bila jatuhnya Kerajaan Perlak. Hamzah Fansuri Syiah. Dia berpegang pada Wahdatul Ujud iaitu konsep Syiah. Dia juga bapa persuratan Melayu. Kalau begitu, banyakla yang kita kena tolak. Saya baca-baca, lebih baik saya berlaku adil dan tengok setiap sudut. Tak dinafikan, ada juga benda tak baik dalam Syiah, yang saya kata oo pelik ni, misalnya budaya imarah masjid tak ada dalam Syiah. Di Iran tak ada, walaupun jumlah solat kita sama tapi berbeza waktu solat kita dengan mereka. Budaya imarah masjid mereka tak begitu kuat. Banyak la orang selalu tengok dari jauh. Masa di Mekah, ada orang pesan pada saya, ‘Zal, hati2 dengan orang Iran, mereka suka curi barang orang Sunni, bagi mereka, curi barang orang Sunni dapat pahala macam pahala haji.’ Bila saya tanya semula, baca kitab apa? Dia jawab ada ustaz bagitau bukan dari kitab. Tak ada dasar, kita suka terjah tanpa kajian. Contoh lain, orang kata Syiah ni diasaskan oleh Abdullah bin Sabak. Saya cari sejarahnya tak jumpa. Saya baca satu buku tentang Abdullah ni, buka rujukan2 nya tak ada.

Saya tak nak pening2 kepala, niat saya baik iaitu nak memetik yang baik sahaja.

Bagaimana orang Syiah memandang orang Sunni?

Itulah yang tak adil. Mereka pandang kita tinggi dan hormat. Tak taulah dia taqiah atau tak. Tapi jika Iran boleh tolong gerakan salafi iaitu Hamas, saya percaya mereka ikhlas. Orang Syiah tak nilai Sunni, mereka kata itu kerja Allah untuk nilai. Mereka tak kafirkan kita. Bagi mereka, Rasulullah SAW itu rahmatan lil alamin, untuk seluruh alam sepanjang zaman. Jadi tak mustahil bukan sahaja sunni tapi Mother Teressa yang atas nama kebajikan pun akan diterima oleh Allah. Saya malulah tak pernah ada benda yang baik orang Sunni kata pada Syiah, tapi mereka kata paling tidakpun itu hak Allah untuk adili. Bila baca sejarah, saya kesian pada diaorang, turun temurun zaman berzaman mereka dizalimi.

Saya sampai ke Iraq untuk saya kukuhkan keyakinan. Sampai ke Karbalasaya nak pastikan kebenaran. Buku-buku Syiah senang dapat sekarang, banyak dari Indonesia. Buku-buku tu tak haram, bacalah.

Apakah Kewajaran Taqiah ni?

Saya pernah bincang dengan ulama dia tentang taqiah, mereka ada dalilnya dari hadis dia sendiri dan ada ayat al-Quran, yang kekal dalam minda saya, mereka gunakan metod dakwah nabi-nabi terdahulu sekiranya munasabah, misalnya Nabi Isa AS ada berlaku taqiyah., dipadankan dengan Rasulullah SAW ada taqiyah dengan Abu Talib. Begitu juga Asiah isteri Firaun dan Masyitah dengan Firaun kerana nak besarkan Nabi MusaAS. Dia sembunyikan keimanannya daripada pengetahuan Firauan. Ini kerana, dia mahu Musa membesar dengan selamat dan suatu hari akan sebarkan Tauhid. Bila Musa AS dah menjadi seorang nabi, baharulah Asiah isytiharkan keimanannya yang akhirnya, Asiah dibunuh oleh Firaun. Manhaj program taqiah dalam dakwah ini saya rasa menarik. Ada orang yang kita tak boleh berterus terang buat pertama kali. Contohnya di Jerman, saya tak boleh buka cerita awal-awal tentang agama saya ketika berinteraksi dengan orang2 tertentu khususnya yang memusuhi Islam. Masalah akan berlaku kalau kita tak mulakan dakwah dengan berperingkat-peringkat, orang akan cepat lari dari kita. Misalnya, kawan saya bercerai dengan isterinya, yang asalnya agama Shinto (Jepun) dan kuat minum Sakei. Dia larang isteri minum tanpa tahap akhirnya mereka bercerai dan wanita itu murtad. Lebih teruk sekarang, wanita tu dah tak ada agama. Ada benda2 yang boleh cakap dulu dan ada benda kena cakap kemudian, itulah yang Syiah pegang.

Saya cadangkan ummu baca sejarah. Peristiwa Tsaqifah Bani Saidah di pihak kita. Apa peristiwa Tsaqifah di pihak dia pula? Peristiwa Ghodir khum misalnya.

Yang menarik dalam Syiah ni, ada kepercayaan bahawa Surah al-Maaidah ayat 3 turun selepas Saidina Ali dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai imam. Saya berbincang dengan seorang Mullah, saya katakan pandangan Sunni bahawa Rasulullah SAW tak tinggalkan pengganti sebab nanti akan berlaku kesusahan. Namun kata Mullah tersebut, Rasulullah SAW mesti tinggalkan pengganti selepas kewafatan baginda. Pertama, Puak Aus dan Khazraj telah berperang beratus-ratus tahun dan hanya berbaik 1 dekad sahaja, jadi Rasulullah SAW perlu tinggalkan pengganti untuk teruskan misi keamanan agar umat Islam tak berpecah. Kedua, Islam baru sahaja disebarkan hingga ke Rom dan Parsi hingga munculnya Perang Tabuk, Kaisar Parsi mengoyak surat-surat Rasulullah SAW, adakah Rasulullah SAW tak tinggalkan pengganti untuk selesaikan masalah luaran ini? Yang ketiganya, masalah orang-orang munafik yang banyak bawa kerosakan dalam Islam, jadi tak munasabah kalau Rasulullah SAW tak tinggalkan pengganti kerana pada masa itu pertubuhan munafik ni kuat sampai boleh bina masjid. Persoalannya, siapakah pengganti yang ditinggalkan oleh Rasulullah? Dari situlah saya mula mengkaji dan membaca sebanyak mungkin.

Tulis Novel Pemikiran

Niat saya nak tolong selesaikan masalah pemikiran umat Islam di Malaysia. Saya boleh tulis novel selamat seperti TTD lagi atau novel bertemakan cinta, kenapa saya nak masuk wilayah yang cederakan diri sendiri? Tapi saya kena tolong umat berikan penyelesaian, itu saya tulis Tuhan Manusiayang membincangkan tentang masalah Islam Liberal dan masalah murtad.

Masalah murtad terang-terang ni dalam Syiah tak begitu parah macam Sunni. Ada, tapi tidak besar. Dalam Syiah, kewalian ni sangat dekat. Bagi golongan moden dalam Syiah pun, bila tiba hari memperingati para syuhada Karbala, hari kelahiran imam, mereka ke makam, menangis-nangis itu adalah kelaziman, orang kita pun buat.

Bila Wahabi datang ke Malaysia, dia dah pisahkan banyak kecenderungan Islam dengan hakikat tempatan. Contoh, Kristian akan sebarkan fahamannya ke negara yang dia pergi. Dia akan sebarkan ikut keadaan tempatan, menyerapkan budaya tempatan. Budaya kita juga menghormati kewalian, muliakan golongan ulama, jumpa mereka kita cium tangan. Dah serasi dengan fitrah. Dalam Syiah ada benda tu.

Daripada perbincangan dengan FT, penulis membuat kesimpulan daripada hujahannya bahawa sesuatu perkara hendaklah diketahui dengan mendalam. Terutama bagi golongan agama, jangan lagi berasa selesa dengan hujah-hujah orang lain. Mesti sediakan ruang pengkajian, pembacaan dan keyakinan sendiri. Bagi para penulis sastera Islam pula, mesti berani menghasilkan karya berwacanakan ummah dan lari dari zon cinta Islami yang tidak memberikan banyak penyelesaian kepada masalah umat Islam sekarang.

Wallahu a’lam.

Fakta lain

  1. Faisal Tehrani mengambil masa 1 bulan untuk menyiapkan novelnyaBedar Sukma Bisu. Dia konsisten menulis dari jam 8pagi- 5 petang, dan hanya berhenti solat dan minum Nestum sahaja. Manikam Kalbujuga ditulis selama 1 bulan
  2. Bila Tuhan Berbicara mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan.
  3. Ada musim menulis dan membaca. Kalau musim menulis tak membaca, nanti dipengaruhi gaya bahasa dan idea penulis buku tersebut. Ini pesanan dari SN Abdullah Hussain kepada Faisal Tehrani.
  4. Banyak masalah umat nak diselesaikan. Tak boleh lagi tulis novel-novel cinta. Tak banyak menyelesaikan masalah2 umat. Terutama masalah Islam Liberal, dah banyak mempengaruhi remaja sekarang.
  5. Novel pemikiran seperti Tuhan Manusia pun dibaca oleh golongan non Islamik, mereka mencari jawapan melalui novel. Jadi, kita kena sediakan jawapan dengan hasilkan novel-novel falsafah Islam



Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Sunday, September 21, 2008

Pegangan al-Qaradhawi terhadap Syiah

Laman al-Qaradhawi - 17-09-2008

Pada 13 Ramadhan 1429 yang lalu, Agensi Akhbar Iran Mehr, telah melancarkan serangan terhadap al-Qaradhawi diatas dialog beliau yang disiarkan di surah khabar Mesir, al-Masri Al-Yaum yang telah membangkitkan ketidak puashatinya penganut Mazhab Syiah.

Kata al-Qaradhawi : Saya tidak mengkafirkan mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh mereka yang melampau. Saya berpandangan bahawa mereka adalah orang Islam, akan tetapi melakukan bid’ah.

Beliau mengatakan barangsiapa yang mengucap Syahadah, mereka masih lagi di anggap Islam.

Beliau telah memberi amaran kepada perkara-perkara luar biasa yang dilakukan oleh Syiah, seperti menghina, mengeji para sahabat Nabi :saw, perbuatan Syiah mencucuk jarum doktrinnya kedalam masyarakat Ahli Sunnah. Lebih-lebih lagi mereka telah membelanjakan billion ringgit melatih kader-kader untuk menyebarkan doktrin Syiah, dan perkara ini tidak dilakukan oleh Ahli Sunnah.

Komen beliau terhadap kenyataan Ayatollah Muhammad Hussein Fadlallah ; ia merupakan perkataan yang pelik dan memeranjatkan beliau dengan isu yang sebegini rupa.

Berikut diringkas pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengenai pendirian beliau terhadap Syiah.

1. al-Qaradhawi percaya kepada prinsip perpaduan umat Islam, baik ia melibatkan kumpulan-kumpulan tertentu atau mazhab, dimana mereka itu beriman kepada Kitab yang satu, Rasul yang satu, kearah Kiblat yang satu, dan diantara mereka itu terdapat khilaf, dan tidaklah itu mereka tersingkir.

2. Hanya satu kumpulan sahaja yang selamat diantara 73 kumpulan sebagaimana yang telah dinyatakan didalam hadith. Selain dari kumpulan itu, mereka adalah keterlaluan atau sesat. Setiap kumpulan percaya bahawa diri mereka terselamat, dan yang tinggal adalah yang sesat. Beliau percaya bahawa Ahli Sunnah sahaja yang terselamat, kesemua kumpulan yang lain melakukan bid’ah dan sesat. Diatas asas ini, al-Qaradhawi berpendapat bahawa : Sesungguhnya Syiah terlibat didalam BID’AH dan TIDAK KAFIR, dan sesungguhnya kebenaran itu bukan pelbagai, dan syukur kepada Allah bahawa 9/10 umat Islam adalah Ahli Sunnah, dan kebenaran yang berkata mengenai kami.

3. Beliau mengambil sikap sederhana terhadap Syiah Imam 12, dan tidaklah membenarkan takfir (mengkafirkan); sikap mereka terhadap al-Quran, terhadap Sunnah, terhadap sahabat, memuliakan Imam, dan yang mempertahankannya, dimana Imam itu dikatakan mengetahui perkara ghaib dimana Nabi-Nabi sendiri tidak mengetahuinya. Beliau telah berulangkali menjelaskan didalam buku Dialog dan Taqribnya.

Beliau tidak bersetuju dengan pegangan mereka dan berpendapat bahawa pegangan ini salah : iaitu Nabi :saw telah memilih pengganti Ali ra untuk menjadi Khalifah, dan para sahabat menyembunyikan berita ini, dan mereka mengkhianati Nabi :saw dan menafikan kebenaran yang tertinggi, dan mereka melakukan konspirasi terhadapnya. Yang peliknya, Ali ra. tidak pernah mengumumkan kepada umum dan menegakkan kebenaran? Malahan beliau berbai’ah kepada Abu Bakar, Umar dan Othman. Maka pesoalan disini, kenapa Ali ra tidak bersemuka dengan kebenaran? Kenapa beliau tidak becakap benar? Kenapa pula anak beliau al-Hassan pula bersetuju memberikan jawatan Khalifah kepada Muawiyah? Bagaimana Nabi :saw memuji apa dia lakukan, sesesungguhnya Allah mendamaikan dua orang Islam yang hebat!

Syiah melakukan bid’ah didalam amalannya, misalnya memperbaharui tragedi kematian Husein setiap tahun dengan menampar muka-muka, dada-dada dan memukul sehingga berdarah. Sudah lebih dari 13 abad meneruskan bencana ini! Mengapa pula mereka tidak melakukan perkara tersebut apabila Ayah mereka sendiri dibunuh? Bukankah itu lebih baik?

Disini terdapatnya amalan syirik yang dilakukan dikubur. Kubur tempat dikebumikan Ahli Bayt, memohon pertolongan darinya dan berdo’a tanpa Allah. Terdapat juga dikalangan Sunni yang melakukan perkata tersebut, akan tetapi ulama’ mereka telah membantah dan menafikan kebenaran perbuatan tersebut. Penjelasan diatas mengaitkan mereka dengan bid’ah, dan tidak menghukum mereka dengan kafir, atau kufur akbar, atau terkeluar dari agama.

4. Berkata al-Qaradhawi : Sesungguhnya perbezaan didalam Mazhab hanyalah pada perkara ranting, permasalahan amal, hukum ibadat dan muamalat, bukanlah merupakan satu masalah. Diantara kami dan Syiah bukanlah perselisihan yang besar dikalangan beberapa Mazhab Sunni. Syiekh kami, Syiekh Shaltut rh, bekas Syeikul Azhar pernah berkata bahawa dia telah berfatwa membenarkan Mazhab Ja’fari ; diatas perkara yang berkaitan cabang amalan penghukuman, dan mereka berbeza dari segi solat, puasa dan selain dari yang dua ini, berkemungkinan boleh ditolerasikan.

5. Apa yang beliau nyatakan didalam akhbar Mesir Hari Ini (al-Masri Al-Yaum) adalah merupakan sesuatu yang telus dan penegasan yang kuat, sebagaimana persidangan yang pernah beliau hadiri, samada di Rabat, Bahrain, Damsyik dan Doha, dan apa yang beliau telah dengar dari ulama’ Syiah, dan apa yang telah beliau lontarkan semasa melawat Ayatollah di Iran 10 tahun yang lalu : Disana terdapatnya garisan merah yang harus kita ikut dan tidak boleh melepasinya, didalamnya termasuklah mengeji sahabat, penyebaran doktrin Syiah kepada negara-negara Sunnah tulen, dan kesemua ulama’ Syiah telah bersetuju dengan beliau mengenai perkara ini.

6. Walaupun beliau mempunyai beberapa tanggapan (reservation) mengenai sikap Syiah terhadap jarum-jarumnya yang menembusi masyarakat Sunnah, beliau tetap berdiri dibelakang Iran didalam menuntut haknya memiliki tenaga Nuklear, dan menafikan sekuat-kuatnya ancaman Amerika terhadap mereka, dan kata beliau : “Kami berdiri menentang Amerika jika Iran diserang, Iran adalah sebahagian dari Darul Islam, perkara ini tidak boleh dikompromikan, Undang-undang kami mewajibkan kami mempertahankan mereka apabila dimasuki atau diancam orang luar, Semua agensi media Iran telah maklum mengenai pendirianku, dan beberapa pegawai resmi yang menghubungiku mengucapkan terima kasih dan menghargainya. Dan saya bukan berdiri kerana ingin mendapatkan simpati, tetapi saya mengatakan bahawa seseorang Muslim hendaklah menyokong seorang Muslim yang lain”


SUMBER


P/S: Bertaqlid buta itu membejat dan menzalimi, nikmat aqal yang dikurniakan...

Ahad, Jun 07, 2009