Selasa, Mac 04, 2014

Fatamorgana: Yang Dapat Hanya Kepanasan

     Kenapa mencari cinta manusia? Terburu-buru bagai ingin mati tatkala itu juga. Bila sudah dapat, nah! Engkau sendiri kebingungan. Agama! Agama! Itu panutan dikau jika mencari. Kerana aqal selalu dibungkam nafsu, serakah dan syahwat. Padahal yang jiwa engkau cari itu adalah tauhid.


Nah! Kini tiada masa untuk menyesal. Atau mungkin patut kau menyesal. Sesal ini kali ini penuh dengan tanggungjawab. Tidak lepas tidak boleh tinggal. Lalu engkau bisa buat apa? Lama-lama begini, mahu bingung jadinya!



Wahai diri! Nasihatku pada diriku. Sabar! Sabar! dan Sabar! lalu Istighfar! Istighfar! dan Istighfar!.



Mungkin dia bukan terbaik untukmu, kerana engkau tidak terbaik bagi Tuhanmu.



Bertaubatlah dan istiqamah.

Tiada ulasan: